Friday, March 4

PENYAKIT LEPTOSPIROSIS (KENCING TIKUS)


Apakah itu Leptospirosis?

Leptospirosis adalah penyakit berjangkit yang disebabkan oleh patogen genus Leptospira, yang boleh berjangkit secara langsung atau tidak langsung daripada haiwan kepada manusia.

Apakah jenis-jenis haiwan yang boleh menjadi reservoir kepada bakteria ini?
Tikus dan haiwan domestik seperti lembu, khinzir dan anjing sering menjadi reservoir utama bagi bakteria genus Leptospira ini.

Bagaimanakah bakteria ini boleh tersebar?

  • melalui pendedahan kepada air kencing haiwan pembawa tersebut. Bakteria genus Leptospira ini boleh memasuki saluran darah melalui luka, kulit yang melecet dan melalui membran bermukus seperti mata, hidung dan mulut
  • melalui air mani haiwan yang dijangkiti
  • melalui pendedahan kepada air, makanan atau tanah yang mengandungi kencing haiwan
  • melalui permukaan air bertakung, terutamanya selepas hujan dan banjir.
  • melalui hubungan seksual dan melalui penyusuan badan

Apakah tanda-tanda dan simptom-simptom Leptospirosis?
Petanda-petanda seperti demam panas, sakit-sakit otot, sakit kepala, muntah, cirit-birit dan mata merah merupakan antara simptom yang dialami oleh pesakit-pesakit Leptospirosis.

p/s: beberapa hari lepas, Cik Amo sy yg beritahu mgenai pnyakit Leptospirosis, nme saintifik nye mcm grand kan,, pe yg mmbuat kn sy tringin utk mempostkan tntng pnyakit ini ialah krn sy dpati, masyarakat skrang kurang mmberi perhatian lanjut mgenai hal yg sgt penting iaitu 'Kesihatan' kalau kita fikirkan semula, diri kita adalh sgt terdedah dgn mcm2 jnis pyakit yg fizikal mahupon rohani.. so, sbgai seorang masyarakt yg prihatin, sy akan cuba berkongsi cerita mgenai kesihatn, dan di atas bantuan Cik Amo sy..

peribahasa utk ari ini ialah, 'mencegah lebih baik drpd mengubati'


No comments:

Post a Comment